KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berharap kerja menaik taraf prasarana serta keupayaan kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) di sempadan Sarawak dan Sabah melalui peruntukan RM1 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dapat disegerakan.
Beliau berkata ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan selain memudahkan lagi urusan kemasukan buruh dari negara jiran itu bagi sektor perladangan khususnya di Sabah.
"Pewujudan atau penaiktarafan CIQS perlu dilihat secara serius," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Aru Datuk Junz Wong di sini semalam.
Jumaat lepas, Anwar yang juga Menteri Kewangan, mengumumkan perkara itu selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Kuching.
Mengulas status Sabah dan Sarawak sebagai wilayah, Mohd Shafie berkata pewartaan perlu dilakukan kerana ia adalah identiti yang akan membezakan kedua-duanya dengan negeri di Semenanjung.
Katanya ini penting kerana Sabah dan Sarawak mempunyai kuasa tertentu yang amat berbeza dengan negeri lain seperti bidang kuasa Imigresen dan hak tertentu dalam MA63.
Beliau berkata selain itu, Perlembagaan Persekutuan memperuntuk beberapa perkara khusus kepada Sabah dan Sarawak antaranya pemberian peruntukan khas yang termaktub dalam Perkara 112D.
"Perkara seperti itu tidak termaktub kepada negeri lain dari Perlis hingga ke Johor. Jadi kita memerlukan asas dari segi perundangan... Perlembagaan itu jangan dipertikai," katanya.
Pada 13 Jan lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkata kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia bukan lagi berstatus negeri sebaliknya wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023
Mohd Shafie berkata pewartaan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah perlu dilakukan kerana ia adalah identiti yang akan membezakan kedua-duanya dengan negeri di Semenanjung. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Warisan, UMNO bincang kemungkinan jalin kerjasama pada PRN Sabah
Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti itu dan UMNO Sabah telah mengadakan perbincangan berhubung kemungkinan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRN.
Isu tiket penerbangan: Sabah, Sarawak, Brunei disyor bergabung
Berhubung cadangan menubuhkan syarikat penerbangan sendiri di Sabah, katanya, ia bukan perkara mudah kerana perlu mengambil kira kosnya.
Warisan tidak bertanding PRN di 6 negeri - Shafie Apdal
Mohd Shafie berkata, perkara itu telahpun disampaikan kepada pemimpin parti Kerajaan Perpaduan baru-baru ini.
Dewan Rakyat: Shafie cadang kerajaan kenakan cukai kepada pihak bank
Langkah tersebut, jelas bekas Ketua Menteri Sabah itu bagi menambah pendapatan negara kerana institusi kewangan telah banyak kali meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).
Kerja naik taraf CIQS di sempadan Sabah, Sarawak perlu disegerakan - Mohd Shafie
Ia bagi membolehkan hubungan Malaysia dan Indonesia dapat dipertingkat dari segi kemasyarakatan.
Ahli politik Sabah harus belajar cara GPS urus polemik politik mereka - Penganalisis
Kita boleh belajar daripada jiran kita (Sarawak) di mana GPS (Gabungan Parti Sarawak) yang begitu kukuh berada dalam satu blok.
Politik Sabah: SD tak cukup, kedudukan Hajiji perlu dilihat dari sudut Perlembagaan - Shafie
Sokongan 44 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang didakwa diperolehi oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor bukanlah penyelesaian tuntas dalam kemelut politik Sabah.
Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.
Politik Sabah: Shafie Apdal batalkan sidang media
Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengesahkan tidak akan mengadakan sidang media hari ini.
7 ADUN Pakatan Harapan Sabah tidak beri SD sokong mana-mana pihak
Menerusi satu kenyataan bersama, mereka memaklumkan tidak memberikan akuan bersumpah menyokong mana-mana pihak selepas tahun 2020.